NGERI !!! PEMBUNUHAN MORAIS : MAYAT DI SIMEN DALAM TONG DRAM



#%^Subang Jaya - Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ditemui dalam kedaan bersimen di dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya.


#%^Hasil siasatan awal mendapati mayat Morais dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram yang kemudiannya di simenkan sebelum di buang.


#%^Pihak Bomba dan Penyelamat setakat ini sudah berjaya memecahkan tong konkrit tersebut, dan mayat akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan proses forensik.



#%^Satu sidang media akan dilakukan pada jam 11.45 pagi tadi oleh Datuk Seri Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkenaan penemuan tersebut.

Berikut merupakan kronologi kehilangan Kevin Anthiny Morais:



4 September:

Morais keluar meninggalkan rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalam Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke pejabatnya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais. Davven cuba menghubungi Morais tapi gagal. Davven menghubungi Setiausaha Morais namun dimaklumkan yang Morais tidak masuk ke pejabat.

5 September:

Polis terima aduan awam berkenaan penemuan kereta Proton Perdana versi Honda Accord yang hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kapung Sungai Semak, Hutan Melintang, Perak. Nombor kenderaan dan chasis dipercayai dirosakkan, namun ia sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia didapati hilang.

Davven memaklumkan tentang kehilangan Morais kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan itu di Balai Polis Jinjang kira-kira jam 5.04 petang.

6 September:

Polis dengan bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd mengenalpasti kenderaan yang ditemui, tapi pihak Polis masih belum mendapat kepastian sehingga kini.

Polis klasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes orang hilang (OH). Polis tubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes kehilangan Morais ini yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September:

Khabar angin mengatakan mayat Morais ditemui di Sungai Kelang namun polis menafikan berita tersebut. Polis mengesahkan yang Morais dilarikan berdasarkan penelitian keatas kamera litar tertutup di laluan yang dipercayai digunakan Morais pada hari kehilangannya. Kes disiasat dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan yang Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar melalui rakaman CCTV yang diperoleh pihak polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang oleh sebuah lagi kenderaan lain dan berhenti si tepi jalan sebelum Morais ditarik masuk ke dalam kenderaan suspek. Kenderaan yang dipandu Morais turut dilarikan oleh suspek.

16 September:

6 pagi- Sepasukan polis dan staf STAFOC menemui tong yang mencurigakan di Taman Subang Mewah.
8.45 pagi - Sepasukan bomba bersama sebuah jentera tiba di tempat kejadian.
8.55 pagi - Staf STAFOC meninggalkan lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan 4 roda.
9.15 pagi - Orang awam dan petugas media mula memenuhi lokasi kejadian.
10.10 pagi - polis sahkan penemuan mayat Morais dalam tong dram yang bersimen.







0 Response to "NGERI !!! PEMBUNUHAN MORAIS : MAYAT DI SIMEN DALAM TONG DRAM"

Post a Comment