REMAJA MUSLIM JADI BURUAN SYARIKAT TEKNOLOGI DI SILICON VALLEY KERANA CIPTAANNYA...



#%^Pada mulanya dia dituduh ingin meletupkan sebuah sekolah, tapi kini Ahmed Mohamed yang berusia 14 tahun menjadi bualan dan perhatian bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.
#%^ Kisah Ahmed ini sungguh memberi inspirasi terutamanya kepada golongan muda untuk mendalami ilmu teknologi dan sains serta mencipta sesuatu yang berinovasi. Kisahnya bermula apabila beliau mencipta sebuah jam digital dan membawanya ke sekolah tetapi gurunya menyangka ianya adalah sebuah bom.
#%%Pihak polis pun datang dan menahan remaja yang merupakan penggemar robot ini setelah menerima laporan dari pihak sekolah.

#%^Namun tuduhan yang dilemparkan oleh pihak sekolah terhadap remaja itu ternyata tidak berasas kerana itu hanyalah jam biasa yang dibuat Ahmed di ruang biliknya. Kisah Ahmed kemudian menjadi viral dan mendapat perhatian dunia. Ramai yang mengkritik tindakan sekolah dan polis yang terlibat kerana bersikap ‘Islamophobia’.
Kisah Ahmed, seorang pelajar di MacArthur High School, Irving, Texas  mendapat perhatian Obama dan juga Mark Zuckerberg.  Kisahnya juga turut tersebar di kalangan bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.

“Ahmed, kalau kamu ingin mengunjungi Facebook, saya sangat berbesar hati dengan kehadiran anda. Teruskan berkarya,” tulis  Mark Zuckerberg di akaun Facebook miliknya.



Marc Andreessen, yang merupakan pengasas untuk syarikat bernama Andreessen Horowitz, turut memuji dan menghargai  ciptaan Ahmed. Melalui status di Twitter miliknya, dia memuatnaik gambar sebuah jam digital yang disertakan dengan kentang melalui sambungan wayar. Ia merupakan ciptaannya ketika waktu kecil dahulu.


#%Syarikat teknologi Google juga menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai  tanda sokongan kepada pelajar itu.




#%Carl Bass, CEO dari  Autodesk, secara peribadi  mengajak Ahmed untuk datang ke Autodesk bagi mencipta sesuatu yang baru.


#%^Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain yang meminati bidang sains.



#%^Dalam temubualnya bersama pihak media baru-baru ini, Ahmed berasa sangat terharu dan ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membantu setiap remaja di seluruh dunia yang mengalami nasib sepertinya.
Sumber dari Astro Awani.




0 Response to " REMAJA MUSLIM JADI BURUAN SYARIKAT TEKNOLOGI DI SILICON VALLEY KERANA CIPTAANNYA..."

Post a Comment